Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 23-Jan-2011 23:05
Death By Chocolate Cake


Lama tul tak jengok Fp ni....dah bersawang.......tak sempat nak update 2 rumah. Kalau nak tengok citer dan masakan terbaru sila klik sini http://dapur-mamasya.blogspot.com/( Dapur Mamasya)

Ok kali ni nak share kisah Death By Chocolate Cake..... nama kek ni menakutkan tp teringin nak mencuba sbb ramai yg dah buat....cukup femes di blog.
Baking hari ahad yg 2 minggu lepas. Kek ni mmg moist dan yummmy....abg2 suka tp yg paling suka abg no 1. Mamapun suka jugak...pantang dgn kek coklat....



Death By Chocolate Cake
Sumber; Mrs Hidayat @ MyR

Bahan-bahan ( loyang 9" )

* 2 cwn gula (kisar)
* 2 cwn tepung (ayak)
* 3 biji telur grade A
* 1 cwn koko powder
* 1 cwn susu cair
* 1 cwn minyak/ gune butter cair)
* 1 cwn air panas didih
* 1 tsp soda bikarbonat
* 1 tsp baking powder
* 1 tsp esen vanila
* **utk ganache**
* 2 cwn non dairy whipping cream
* 500g cooking chocolate
* 1/8 cwn golden syrup
* ##utk whipped cream
* 1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara

1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
7. **utk ganache**
8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
10. tambahkan golden syrup
11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit.
14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit

nota dapur mamasya; utk whipped cream, mamas simpan dulu dlm peti ais biar whipped cream agak keras sikit.bakar lebih 45 min.



© Pidgin Technologies Ltd. 2016