Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 16-Sep-2009 20:51
Koleksi Biskut Raya 2009
Nilah hasil aktiviti menggentel biskut raya sejak minggu lepas....... :-D . Curi2 masa buat masa Syakirah tidur...nasib baik belah pagi dia tidur lama....bolehlah nguli biskut. Buat beberapa jenis tp setiap jenis buat tak byk....ada yg buat 1/2 adunan saja...nak perabih brg baking yg dah beli...sementara mood tgh rajin nguli..... :-D juga nak cuba biskut yg belum pernah buat. Biskut yg dibuat ini kebykkan pilih biskut yg anak2 suka....... :->


Ada tetamu yg dtg beraya thn lepas puji sedap tat gulung ni...antara tat sedap yg pernah beliau makan, kembang kempis dibuatnya... LOL . Jadi thn ni buat guna resepi yg sama....resepi K.Liza...tk byk2 k.Liza. Mmg sedap tat ni....kami sekeluarga suka.......satu tray pertama licin...... :P. Untuk resepi klik sini; http://mamasya.fotopages.com/?entry=1687313&back=http://mamasya.fotopages.com/?page=0(resepi tat gulung).


Biskut macam biskut dahlia ni kalau tengok gambar dlm majalah lain sikit rupanya... patutnya guna acuan bunga ros pasang dipiping bag tp susah pula nak tekan,jadi guna acuan biskut dahlia buat pusing2 sikit......:-D Biskut ni lembut sbb guna tpg jagung sepenuhnya.

Biskut Nurnilamsari
Sumber; Majalah Rasa Sept 2009

Bahan A
120 gm mentega
120 gm gula aising
360 gm tepung jagung
2 biji kuning telur
1 biji telur
esen lemon secukupnya- letak 1 sk
1 sm susu tepung

hiasan
biji tembikai-ganti manik
ceri merah

Cara
1.Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2.Masukkan kuning telur dan esen. masukkan 1 biji telur
(dlm majalah tak tulis bila letak telur yg sebiji ni)
3.masukkan tpg jagung,susu dan gaul hingga jadi doh
4.masukkan doh ke dlm piping bag,bentukkan bunga ros.
5.susun biji tembikai dikeliling biskut.di tgh letak ceri
6.bakar suhu 180'C selama 15-20 min.



Biskut pertama yg dibuat....anak2 suka biskut ni....mmg rangup..... :P

BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP
Sumber; Fp k.Liza

Bahan A
125 g butter
125 g majerin
1 sudu besar shortening
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara


Biskut nipun senang nak buat sbb terap guna acuan dahlia....juga jadi kegemaran anak2 sbb ada coklat........:->
BISKUT COKLAT RICE
Sumber; Fp K.Liza

Bahan
250 gm butter
150 gm gula halus
1 biji kuning telur
50 gm tepung jagung
230 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko

bahan hiasan
paper cup
coklat rice
badam cincang-tak letak

Cara
1. Pukul buter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan kacau rata lagi.
3. Ayakkan tepung jagung, tepung gandum dan serbuk koko.
4. Masukkan sedikit demi sedikt dan kacau rata,
5. Gunakan acuan bunga cina/dahlia untuk mencorakkan patern.
6. Pamkan adunan kedalam paper-cup dan hiaskan dengan coklat rice dan badam cincang.
7. Masakkan dalam oven 170'C selama 25 minit.
8. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.


Biskut paling mudah jadi kegemaran ramai kanak2. Thn lepas buat tak berapa laku sbb letak macam2...letak kismis...kacang...anak2 tak begitu mkn. Jadi thn ni buat simple saja....asalkan anak2 suka...... :->

Biskut Cornflakes madu warna warni
Sumber; Umie e Myr

Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )
* 250gm cornflakes (kotak kecil)
* 125gm butter (1/2 buku)
* 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
* 5 sudu makan madu
* manik warna warni untuk hiasan

Cara-cara
1.Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
2.boleh masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min
3.Masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu
4.Aduk sampai rata
5.Masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selama 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan


Sejak thn lepas lagi berkenan nak cuba biskut ni...lagipun cornflakes masih ada. Selain rupa yg come lote...suka rasanya sbb letak gajus dan cornflakes....:->

Biskut Puteri Salju
Sumber; Majalah Saji Sept 2008

bahan
150 gm tepung red ros -guna tpg biasa saja
120 gm mentega
40 gm gula aising
30 gm gajus -kisar
20 gm susu tepung - guna susu tpg anak
20 gm cornflakes-kisar
hiasan
coklat masakan putih
manik berbentuk hati

cara
1.Pukul mentega dan gula hingga sebati.kemudian masukkan gajus,susu tepung,cornflakes dan tepung.uli hingga jadi doh.
2.canai dan terap dgn acuan bentuk hati.bakar pd suhu 180'C selama 15 minit.-mama bakar suhu 170' 15 minit.sejukkan
3.Celupkan biskut dlm coklat masakan putih dan hiaskan dg manik love.


resepi biskut ni nanti ya....



Thn ni tak buat biskut Almond London...sbbnya thn2 lepas , biskut almond London anak2 kalau makan,badamnya bagi mama suruh mama tlg mkn...kalau mama tak ada mrk buang badam tu....rugi tul... :annoyed: Anak2 tak suka sebrg jenis kacang yg nampak berbiji-biji...kalau dah tak nampak bentuk kacang mkn pula.tp yg heran kacang tanah goreng yg berkulit tu mrk suka pulak..... $-). Jadi tukar buat biskut Almond Sweeties... anak2 suka tambahan pula dicelup coklat.... :P

Biskut Almond Sweeties
sumber ; Fp k.Liza

Bahan
250gm butter
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm badam kisar ]
300gm tepung gandum ] gaulkan rata
60 gm yepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
coklat cooking
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk buah kana kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup. Biarkan beku.
9. Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan dalam piping bag.
10. Pamkan/lorekkan coklat putih atas biskut yg telah di celupkan coklat tadi. Hiaslah mengikut suka hati.
11. Tunggu sampai biskut sejuk betul baru masukkan dalam bekas kedap udara.


Model biskut raya....Syafiq... :-D

Mama sibuk ambil gambar biskut dia pula minta ambil gambarnya...biasa Syazrin yg suka posing...kali ni Syafiq... :->
Syafiq yg byk jadi sumber inspirasi mama buat biskut raya kali ni..... :-D. Bila nampak biskut raya di kedai dia yg minta mama belikan....cakap nanti mama buat lagi sedap. Bila mama tengok resepi biskut di majalah...dia yg sibuk cakap mama buat biskut ni...mama buat biskut tu... :-> Tiap kali buat biskut diapun sibuk nak tolong buat jugak...nak gentel sama biskut... :-D Kalau biskut dah siap bakar dia yg dtg nak tengok camna rupa biskut....nak merasa sebenarnya.... :-D Suruh juga dia aturkan casing kertas atas tray.....rajin dia tolong.... :-> Masa tgh gulung biskut tat... dia cakap...biskut ni susahlah...dia tak boleh buat...mmgpun tak nak bagi dia tolong...lagi lambat dibuatnya.... :-D...sambil tengok mama buat tat....perlahan2 dia makan inti tat... :P

© Pidgin Technologies Ltd. 2016