Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


sekitar bandar Jakarta
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
sekitar bandar Jakarta



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 28-Jan-2009 22:36
Cuti2 Indonesia Pt 3 -Jakarta
Dari station k.api Gambir kami dijemput oleh adik kawan yg mmg bekerja di Jakarta. Station k.api Gambir terletak dlm bandar Jakarta dan tak jauh dari MONAS...antara mercu tanda utama Jakarta.
Kami sekeluarga tak singgah mana-mana terus ke Sentul,Bogor....kira-kira 45 minit perjalanan.tempat di mana kami menginap sepanjang berada di sana. Di Indonesiapun ada tempat nama Sentul... :-D Rumah penginapan di Sentul adalah rumah kawan, dimana ibunya menetap di situ sbb beliau tinggal di Brunei skrg. Masa kami ke sana beliau tak pulang bercuti tp keluarganya di sana dah maklum kedatangan kami sekeluarga. Kisah di Sentul ni sambung dlm entry-entry akan dtg.

Kebetulan adiknya yg menjemput kami ada menyediakan khidmat sewa MPV sekali dgn supir jadi mudah kami sekeluarga nak berjalan ke mana-mana. Biasanya mobilnya disewa oleh Pak-pak Arab yg dtg bercuti ke Jakarta dan Bogor.

Pemandangan Bandar Jakarta

Jalan-jalan ke Jakarta ialah pada hari kedua setelah berada di Bogor. Rancangan asal nak jalan2 Jakarta 2 hari tp akhirnya sehari sahaja sbb tak larat dan tukar plan jalan ke tempat lain. Masa pagi bertolak tu laju aje jalannya tp bila balik sesak teruk..kebetulan waktu org habis kerja....dkt 2 jam baru sampai balik.

Gambar-gambar sekitar Jakarta ini diambil dari dalam kereta....tu ada gambar senget-benget..:-D Antara jalan utama yg kami pusing-pusing ialah Jalan Sudirman.....terkenal dgn bangunan2 tinggi, bank, hotel dll serta tugu dan air pancut.










Banyak trompet dan topi dijual tepi-tepi jalan di Indonesia semperna Krismas dan tahun baru


Gambar tugu ni kelabu kerana ambil dari depan cermin dlm kereta


MONAS Jakarta

Singgah sekejap di MONAS...Monumen National sekadar mengambil gambar. Masa tiba tu hujan renyai skit....jadi anak2 tunggu dlm mobil kecuali Syazrin sorang yg nak ikut.Tak naikpun MONAS sbb dlm berita bagitau org ramai beratur 2 jam utk naik ke atas...sekadar ambil gambar dari jauh. Disediakan juga mini bas kalau nak ke MONAS atau pusing sekitar sbb kawasan sekitar MONAS agak luas juga krn ada taman yg mengelilinginya. Dari atas itu boleh lihat pemandangan bandar Jakarta. Di luar dkt tempat parking banyak kereta kuda dimana pengunjung boleh menyewa kalau nak keliling kawasan sekitar.

MONAS yg dibina pada tahun 1959 adalah monumen peringatan yang didirikan oleh Indonesia untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia melawan penjajah Belanda.


Tugu MONAS dari jauh..


Orang ramai beratur utk naik ke atas


Syazrin posing depan MONAS


Kereta kuda utk di sewa mengeliling kawasan sekitar...

Sekitar Pasar Tanah Abang

Pasar Tanah Abang ni antara tempat terkenal sbg pusat pakaian dan kain-kain. Kalau tak silap ada 2 blok tempat membeli-belah iaitu blok A dan M...yg sempat kami masuk adalah blok A, itupun tak lama sbb kedai dah byk yg tutup. Pasar ni tutup pukul 5 ptg tp belum pukul 4 byk kedai dah tutup.....nak masuk kws pasarpun sesak sbb masa tu byk kereta yg keluar dari pasar...lama juga kami kena tunggu dlm kereta.

Oleh kerana belum lunch kami menjamu selera di foodcourt atas pasar. Bersih tempatnya...ada macam2 gerai makan. Lepas tu baru bergerak ke kedai2 di bahagian bawah.Ada beberapa tingkat juga yg menjual pakaian tp hanya sempat ke beberapa buah kedai sbb byk dah tutup. Keadaan dlm pasar dan pakaian spt blouse, kain batik sarong..kain telekung yg dijual di sini lebih kurang dgn Pasar Baru,Bandung. Tapi dari segi harga rasanya di Pasar Baru Bandung lagi murah...itupun sekadar sempat bertanya beberapa gerai. Gambar dalam pasar tak sempat ambil sbb kedaipun byk yg tutup.










Pusat Membeli-belah Mangga Dua

Mangga Dua juga merupakan salah sebuah pusat pakaian. Kat sini terdapat pakaian dan barangan elektrik&komputer dan ada beberapa tingkat. Tak membelipun di sini sekadar cuci mata sahaja ....baju kanak2 ada jual tapi byk utk girl. Kalau blouse sulam...batik..kain telekung mmg tak jumpa sini.


Jalan menuju Mangga Dua




Pakaian yg dijual....






Di foodcourt Mangga 2

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.