Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Pemandangan menarik kg di Kundasang
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Pemandangan menarik



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 31-Jul-2008 06:37
Cuti-cuti ke Gunung Kinabalu, Sabah- Pt 1
Percutian kami sekeluarga dari 25-30.07.08 ialah ke Sabah Negeri di Bawah Bayu, iaitu ke Kota Kinabalu dan Gunung Kinabalu. Sebenarnya percutian ini dah lama dirancang sejak tahun lepas tapi tertangguh. Kali ini jadi juga kami pergi berkonvoi 2 buah kenderaan dari Bandar Seri Begawan (BSB) ke KK dgn kawan husben & wifenya. Di Kota Kinabalu kami menginap di Apt Marina Court yg terletak dlm bandar depan pantai selama 2 mlm, kemudian bermalam di Kundasang 1 mlm dan 2 mlm di Apt Marina Court, KK semula.

Citer ttg perjalanan dari BSB ke KK

1.Jarak lebih kurang 330 km; perjalanan mengambil masa 7-8 jam kerana perlu berhenti di beberapa pos Imigresen utk chop passport masuk dan keluar. Nasib kami baik kerana hari bertolak tak byk kenderaan beratur di pos imigresen tp masa balik kena menunggu hampir sejam di pos Imigresen Kuala Lurah kerna byk kenderaan masuk ke Brunei.
2.Perjalanan yg kami lalui adalah BSB-Limbang (Swk)-Bangar(BSB)-Lawas(Swk)-Beaufort(Sabah)-KK.
Jalan ke KK hanya laluan satu lorong merentasi kg , pekan dan pantai sehinggalah sampai ke Kota Kinabalu. Dalam KK barulah ada laluan 2-3 lorong.
3. Bukan sekali passport di chop tp 8 kali perjalanan pergi dan 8 kali perjalanan balik....16 chop semuanya... :omg_no: , nasib baik passport dichop di page yg sama...kalau page berbeza sure dah habis passport kena chop.. :-D Jadi kena berhenti di pos Imigresen sebyk 8 kali masa pergi dan 8 kali masa balik iaitu; 3 kali pos Imigresen Brunei, 4 kali pos Imigresen Sarawak dan sekali post Imigresen Sabah. Kaunter imigresen Sarawak terletak bersebelahan dgn kaunter imgresen Sabah berkongsi satu pos iaitu di Sindumin Sabah atau Merapok Sarawak.
4. Kereta menaiki 2 kali feri untuk melintasi sungai; masuk dan keluar Temburung,Brunei dari daerah di Sarawak. Sungai ni tak lembar mana tp tak ada jambatan kenalah naik feri.
Dari KK ke Kundasang lebih kurang 1 1/2 jam-2 jam. Kami ke Kundasang setelah 2 mlm di KK. Perjalanan dari KK hingga Pekan Tamparuli ; yg terkenal dg Lagu Tamparuli jalan biasa mendatar tp selepas itu bermula pendakian macam jln menuju Cameron Highland. Tidak sampai separuh perjalanan sudah boleh melihat kemegahan Gunung Kinabalu..dah terasa cuaca mula dingin dan nyaman sekali. Sepjg jln ada disediakan beberapa tempat utk pelawat berhenti mengambil gambar Mt Kinabalu. Dalam perjalanan ke Kundasang dapat melihat pemandangan gunung, bukit-bukau yg menghijau dan kampung2. Sebelum sampai ke Kundasang kami singgah di Pekan Nabalu yg terkenal dg tempat jualan hasil kraftangan.

Sampai di Pekan Kundasang dlm pukul 4 ptg.... pemandangan yg menarik di situ kerana boleh lihat dgn jelas Gunung Kinabalu, gerai2 sayur di sepanjang jln dan bukit yg menghijau.
Kami terus mencari hotel yg kebetulan terletak betul2 dlm Pekan Kundasang ...cuma perlu naik bukit sedikit. Lepas check-in hotel; Mount Kinabalu Haritage Resort And Spa, kami ke Ranau...pekan yg terdekat selepas Kundasang. Pekan Ranau nipun tak besar sgt tp byk juga kedai2. Kami pusing2 utk beli makan malam di restoren dan singgah kejap pasar malam Ranau, murah2 juga harga makanan kat situ...apam balik yg besar baru RM1.20 sekeping .
Malam, rehat dlm bilik maklumlah cuaca dingin yg amat dgn tiupan angin yg kuat... apatah lagi hotel kami tinggal mmg di tempat tinggi. Hinggakan boleh dengar desiran angin dr bilik hotel... anak2 tertanya2 itu bunyi apa... :-D

Keesokkan paginya kami bersarapan di restoren kat Pekan Kundasang; ada beberapa buah restoren milik org Islam di sini. Oleh kerana cuaca yg sejuk kami sarapan makanan panas; soto dan abg yg sulong pagi hari dah sarapan sup tulang dgn nasi putih...:P

Kundasang Dairy Farm, Kundasang...8-)

Selepas sarapan pusing2 gerai sayur dan bertanya kepada penjual sayur jln ke Kundasang Dairy Farm, kami terus ke sana. Laluannya dr Pekan Kundasang....menuruni bukit dan mendaki bukit dan melalui kampung dan kebun sayur dilereng bukit....semua nampak hijau,nyaman. Merancang utk ke farm ini setelah melihat gambar pemandangan yg begitu cantik di sini dlm internet...tambahan pula dr situ dpt melihat Mt Kinabalu dgn lebih jelas.
Singgah kejap tempat jual2 bunga...cantik2 bunga di situ.... :-> Semakin hampir dgn kws Dairy Farm semakin tinggi jalan yg lalui dan mula dpt dgn jelas pemandangan Gunung Kinabalu,macam dkt sgt dgn Mt Kinabalu. Pemandangan sekitar begitu cantik ..... kagum sejenak melihat keindahan alam ciptaan Allah.
Terdapat lembu2 baka New Zealand sedang meragut rumput di Dairy Farm dgn pemandangan berlatarbelakang Mt Kinabalu; terasa macam holiday kat ovc pulak.. :groucho:
Angin bertiup cukup kencang di kws itu...hinggakan bila keluar kereta tak sempat tutup pintu kereta...angin dah tolong tutupkan.... :-O Nak jln pun terasa susah bergoyang.... anak2 duduk dlm kereta sbb angin bertiup kuat. Bila dah hampir kws farm....angin reda , barulah anak2 keluar sekejap utk melihat pemandangan sekitar.
Hanya kami sahaja yg berada di Dairy Farm pd masa itu...tiada kenderaan lain kecuali pekerja farm sbb Dairy Farm ni ditutup sementara waktu utk penyelenggaraan. Menurut penjual sayur kalau farm dibuka biasanya ada aktiviti memerah susu lembu. Tapi tak kisah tak dpt ikut aktiviti memerah susu sbb puas hati melihat keindahan di situ. Anak2 pun suka sbb dpt melihat pemandangan sekitar yg cantik dgn lembu2 di situ....mereka kata best...bak kata Syazrin antek (cantik...) mount....:-D
Ada tempat menarik yg lain kat atas tu spt Mesilau Nature Park tapi kami tak pergi sbb takut lewat nak check out hotel.
Banyak gambar yg diambil di situ dan sepjg perjalanan sbb semua pemandangan nampak indah belaka...sampai tak tahu nak pilih mana satu nak update dlm Fp... :-D Kebetulan hari kami pergi cuaca terang cuma angin bertiup kuat, Mt Kinabalu dpt dilihat dgn jelas hingga tgh hari...sesekali kabus menutup sedikit puncaknya.
Setelah pilih-pilih gambar inilah sebahagian gambar yg menarik utk dikongsi dgn semua.Gambar di lain2 tempat sekitar Kundasang akan diupdate dlm entry akan dtg....8-)





















Kpd kawan2 yg bertanya samada kami mendaki atau tak Mt Kinabalu, jawapnya tidak..belum cukup stamina utk naik ke gunung... :-D Lagipun tak begitu minat aktiviti lasak gini sejak dr masa sekolah lagi. Tambahan pula masa bercuti tak berapa sihat..kena batuk dan selsema..hingga hari ni... :-S Tapi disebabkan nak bercuti punya pasal..semua dah booking, gagahkan jugak jln2...yg penting sekeluarga bergembira masa holiday... :->

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.