Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


tomyam poktek
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
tomyam poktek



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 22-May-2008 01:19
Ayam Panggang, Tomyam PokTek & Puding Kastard


Masak ayam bakar lagi tapi kali ni resepi copy dari dapur Dayang yang terkenal dgn kek lapis Sarawak yg pelbagai. Masakan ayam ni mudah sahaja cuma kelainannya ayam diperap dengan gula apong atau gula nipah yg terdapat di Sarawak . Di Brunei gula ini dikenali sebagai gula anau. Nak tahu kisah lanjut ttg macam mana gula apong diproses boleh rujuk sini; http://www.pusado.sarawak.gov.my/t5.htm.

Sebelum masak ayam ni dah tanya dulu dgn Dyg sukatan gula dan rasanya. Menurut Dyg rasanya macam sate sikit. Bila makan mmg betul ada sedikit rasa macam sate dan enak juga kalau diratah gitu macam buat bbq....:P

Nota dari Dyg; http://dayangkek.blogspot.com/...tq Dyg kongsi resepi..:flowers:
Ayam Panggang ini sangat popular di Sarawak,kalo bulan puasa mesti ada,resepi nya juga mudah.di perap dengan halia,serai,bwg putih garam & gula apong selama 1/2 hari.kemudian di panggang seperti biasa.
Ayam Panggang
Sumber asal Dyg ;
( sukatan yg digunakan ikut sukatan sendiri; agak2)
Bahan
600 gm kepak ayam/lain2 bahagian ayam
2 inci halia
2 btg serai -potong tipis
5 ulas bawang putih
2 sudu besar gula apong
-kalau tiada gantikan dgn gula melaka/brown sugar(cairkan sedikit dlm kuali dgn api perlahan)
garam secukup rasa

Cara
1. Tumbuk bawang,serai dan halia sampai lumat.
2. Gaulkan ayam dgn bahan yg ditumbuk,garam dan gula . Perap 1/2 hari
3.Bakar hingga masak...bahan perapan tu boleh disapukan atas ayam semasa membakar.






Manakala tomyam Poktek ni adalah masakan Thai, nama lain bagi tomyam putih. Dah beberapa kali buat tomyam ni sbb suka rasanya yg masam . Kadang2 masak tomyam poktek campur dgn pelbagai sayur dan ada kalanya hanya masukkan seafood sahaja. Tak kiralah tomyam biasa atau tomyam putih ni kalau hirup gitu..sedapnya...:ty_ty:

Tomyam Poktek @ Tomyam Putih
Sumber ; Mingguan Wanita
Bahan-bahan
2 potong dada/isi ayam dihiris tipis
100 gm sotong
100 gm udang saiz sed
2 batang serai - ketuk
4 batang daun limau purut
5 hiris lengkuas
2 biji bawang merah-hiris tipis
3 biji cili padi - boleh tambah/kurang ikut suka masing2
2 tangkai daun ketumbar
2 mangkuk air rebusan ayam - guna kiub ayam; air utk kuah ni boleh tambah ikut suka
2 sudu air limau nipis -guna limau kasturi ikut masam yg kita nak
2 sudu kicap sotong - tak ada kicap sotong ganti fish sauce
garam
lain2 seafood boleh tambah ikut citarasa
kalau nak tambah carot, cendawan dll pun boleh

Cara-cara
1) Masukkan serai dan ayam..biarkan mendidih.
2) Masukkan udang dan sotong .Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
3) Bila masak bolehlah dihidangkan.


Tomyam ni terlama sikit masak sampaikan kecut sikit udang tu....:-D





Resepi puding kastad ni dah lama print dari Fp K.Leen yg dulu tapi selalu tertangguh nak buat wpun taklah susah sgt. Puding ni sedap dimakan sejuk2 atau ditambah dgn ais. Tambahan cuaca skrg panas terik...nyamannya tekak dpt makan puding kastad.... :P :P

Puding Kastad
Sumber; Fp K.Leen; tq K.Leen...:flowers:

Bahan
2 cwn tpg kastad
sedikit tpg kastad utk kuah- anggaran 2-3 sudu
6 cwn air
2 tin susu cair - 1 2/3 utk kuah saya tambah lagi dgn susu segar; 1/3 utk kastad
1 tin buah2an cocktail (besar) - simpan air utk kuah
gula, gula manik , kismis

Cara

1. Masak tepung kastad dengan air dan sedikit susu cair(anggaran 1/3 tin) hingga pkt. (saya tambah sedikit gula dlm adunan kastad. kalau nak senang bancuh dulu tpg kastad dgn air dlm blender dan tapis kedlm periuk)
2. Sejukkan kastad dlm bekas kecil2.
3. Utk kuah; didihkan susu,air buah-buahan,gula dan sedikit tpg kastad hingga mendidih.
4.Hidangkan kuah dgn kastad, buah coctail dan tabur dgn coklat manik dll


***Bila cari balik Fp k.Leen nak copy resepi utk entry ni....dah tiada FP K.Leen. Blog barupun dah tak dpt buka...$-) . K.Leen pergi mana ya.... :-S harap2 K.Leen sihat dan jgn lama2 menyepi diri.... ;-)

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.