Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Air asam perut lembu
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Air asam perut lembu



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 19-Jan-2008 10:03
Aidiladha 1428H Di Kelantan

Ketupat palas yg mak buat masa hari raya...

Masih kisah raya Aidiladha tp kali ni kisah raya di Kelantan pula. Famili di Kelantan buat majlis korban tp lembu yg dikorbankan tak sempat ambil gambar sbb balik ke Kel pun dah lewat petang.

Kalau di sebelah Kelantan biasa lembu disembelih di rumah pemilik asal lembu.. kemudian pakat ramai2 lapah daging. Daging korban akan dibawa balik ke rumah masing2 dan terpulang samada nak diberikan daging mentah kpd jiran sekeliling mahupun nak masak dan jemput mkn di rumah atau buat kedua2 sekali..sebahagian daging diberikan mentah2 dan sebahagian lagi masak jemput mkn. Kalau ada tetamu yg bertandang di rumah sepjg hari raya akan dijamu dgn hidangan nasi berlauk dgn daging korban bukan sekadar kuih-muih. Tidak kira pukul berapa tetamu dtg baik waktu pagi atau ptg....jamu nasi selagi dlm periuk kat dapur masih tersisa.....kenyang tetamu dijamu... :P :P

Kadang2 org yg tak buat korbanpun dpt byk daging mengalahkan org buat korban sbb biasanya kalau di kg org akan bertanya khabar siapa yg tak berkorban selain dari org2 yg miskin utk diberikan daging korban.Pernah sekali mak saudara yg tak buat korban...peti ais rumahnya penuh dgn daging2 yg org bagi sbb pd thn berkenaan ramai org buat majlis korban dan boleh hitung beberapa rumah sahaja dlm kg itu yg tak buat korban.

Berbalik kepada kisah majlis korban oleh keluarga pada hari raya lalu. Mlm hari raya pertama rumah atok (kami panggil chek) yg terletak sebelah rumah mak ada buat majlis makan2 sbb atokpun ada buat korban tp korban 1 bahagian kerbau. Gambar hidangan tak sempat nak ambil sbb masa pergi rumah tok org dah ramai makan2..seganlah pulak sbb atok jemput jiran2 selain sanak saudara. Pagi esoknya mak saudara sebelah rumah jemput makan2. Hidangannya sup tulang gear box, acar perut,daging goreng,ikan masin dan sambal. Siap booking gear box sebtg dgn mak saudara....habis sebtg mkn sorang2 buat sarapan... :P :P heavy betul sarapan pagi tu.... :-D

Sebelah ptg dah siap masak awal2 sbb MIL dan BIL dari Trg beraya rumah mak....wpun ptg kami hidang nasi.Sebelah mlm mak jemput sanak saudara mkn di rumah .Antara hidangan yg dimasak bersama2 mak ialah singgang tulang,daging goreng, kerabu perut,perut asam, acar dan sambal.Selain itu SIL dr Gua Musang ada bawa balik nasi bukhari yg dia masak.

Esok paginya kami sekeluarga bersama abg2 yg pulang bercuti, ke rumah seorg lagi bapa saudara utk sarapan......menunya nasi dgn daging korban juga... :P :P . Selepas mkn kami ke rumah saudara sebelah husben yg ada buat majlis korban pd hari itu. Sampai rumahnya dlm pukul 10.30am....masa tu lauk-pauk masih tengah masak dlm periuk besar macam kenduri pulak sbb mereka anak-beranak buat korban seekor lembu. Siap masak kami dijamu lagi dgn nasi..... :P :P wpun perut kenyang mknlah jugak sbb takut org kata tak sudi pulak.... :-D belum tengah hari dah 2 x kami mkn nasi.... :-D

Pjg pulak kisah makan2 masa Aidiladha ni....jemput jamu mata dgn gambar2 makanan yg diambil. Tak byk gambar yg sempat diambil sbb busy dgn acara makan2.... :-D


Singgang Tulang rumah mak


Sup tulang gear box di rumah mak saudara


Kerabu perut rumah mak

Lain-lain Gambar...


Anak2 bersama sebahagian sepupu


Anak-anak bergambar kenangan dengan tok chek (moyang mereka).Tok Chek dahpun berusia 85 thn tp Alhamdullilah masih sihat walfiat.


Syafiq dgn Syazrin tengah tengok gambar yg diambil... :->

Catatan.....

kak jie jie-betul tu K.Jie masa raya Haji mkn memanjang... tok ingat timbangan dohh... :-D
unnamed -silakan.. :-D
jeff -kalau yg buat majlis korban mmg meriah sbb ada acara makan2..:->
masriyah-Sabar Yah...raya thn ni dah boleh mkn2 ketupat palas ni....kerabu perutpun favorit sy... :P
mamaella-mmg sedap mama ketupat palaskan cicah apa2 pun kalau mak kat kg suka cicah dg air manisan .... :->
soulha-jgn nangis soulha...sabor ya.. :-D mmg best raya haji dpt mkn dan daging free. suka masakan Kel...boleh kongsi resepi ni... :-D
drzeze -Salam juga buat drzeze, betul tu kalau korban masa raya hampir setiap rumah ada buat. Luculah baca kisah pengalaman drzeze di kel..tersengum sorang depan PC dibuatnya... :-D.mmg ada bahasa Kel yg makna berbeza... :->
nur -ketupat palas ni ada yg manis dan yg tidak.yg manis ada juga org letak kacang merah.sy suka yg tawar sbb boleh cicah macam2. kalau masa raya mmg mak selalu buat tp sy tukang tengok aja tak pass lagi bungkusnya...:-D tunggu gambar Nur dulu muncul dlm Fp... :weee:
ct -singgang tulang mmg sedapkan ct...tak puas mkn dibuatnya... :P :P
Hajar -mmg puas balik masa raya tp byk jugak yg tak sempat mkn terutama kuih-muih traditional kelate.... :->
umi-kal -acar perut ni macam acar mentah yg letak timun tp ditambah perut. ohhh Auntie nak balik cuti ya...nanti bolehlah cari kerabu perut ni..sedapkan... :P
abah along-byk food kat kel yg sedap2kan.. sbb itu kalau balik mmg cari makanan Kel. nasi goreng kaki ayam belum pernah cuba.... :->
unnamed-re; ingatkan view dr bilik hotel masa pergi bercuti.. :->
mallan-bab mkn mmg tak ingat dah nak diet...pulun sungguh2..singgang daging ni macam sup jugak famous kat Kel..sedap rasanya,kalau nak cuba resepi ada kat sebelah.mmg daging fresh ms korban sedap..manis2 sikit rasanya.. :->
mummy jam-sesi mkn kat kg mmg seronok apatah lagi mkn ramai2 bersama keluarga... :->
ida isk -masa raya kalau buat majlis korban mmg meriah...jemput sanak saudara dan tetangga mkn...sambil tu kalau jln2 dijamu jugak nasi...sampai perut kenyang tak terhingga... :-D
kamalina-kalau tak buat korbanpun masih dpt rasa daging korban tu part yg bestnya masa raya haji di kg kan. Alhamdullilah atuk masih sihat dan cergas....byk kerja2 diy dia suka buat sendiri. mereka berdua tengok gambar yg Syafiq ambil itu yg buat leka sgt... :->
zuhri -waalaikummusalam zuhri,ohh Zuhri dok Pasir Hor ya skrg...kalau wakaf che Yeh dah lama tak singgah sejak dah ada byk2 kedai kat sana... :->
Roylazim-ketupat daun palas mmg sedap...anak sy no 3 hari tu siap sorok belakang kerusi ketupat nenek dia buat takut habis.. :-D
Lee Lin -tu yg buat pulun sakan masa raya lepas... :P :P
tariqzaidanirah - ketupat palas kat sinipun susah nak jumpa..pernah sekali mkn org bagi tp lain sikit bungkusannya.bila balik kg hari tu barulah dpt mkn..... :->
fifi fad - kalau masakan air tangan ibu mmg sedapkan apatah lagi ketupat yg sungguh istimewa juadah di hari raya..byk2 bersabar ya fifi.. ;-)
Nur -sorry menyusahkan Nur...bila2 masapun tak apa..mmg berkenan tengok Nur make-upkan biskut tu.. :->
Ana -raya kat kg mmg meriah sbb ada acara mkn2 keluarga...kebetulan saudara marapun ada buat korban jugak..gear box mmg susah nak dpt..rasanya kena booking awal2 dgn penjual kalau nak beli....nasib baik masa raya dpt mkn..sedap... :P
MaDiHa -Mmg seronok balik kg mkn hidangan hari raya Haji....masa nilah nak mkn masakan mak .... :->

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.