Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


buah labu kundur
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
buah labu kundur



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 25-Sep-2007 12:37
Ikan Bakar Portugis,Kerabu Sotong Bakar,Sup Sayur &Roti John


Resepi ikan bakar Portugis ni ambil dari Fp Nurfikas, sorry main copy je....:-D Tq Nur..:flowers: Masa masak bahan-bahan untuk perapan baunya cukup menyelerakan..dgn aroma bau belacan dan limau purut. Tak sabar pulak nak berbuka dgn ikan bakar ni... :ty_ty:

Ikan Bakar Portugis
Sumber FP Nurfikas

Bahan
1/4 cawan minyak masak
Air perahan dari 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu besar kicap pekat
Garam
Gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal di bersihkan
Daun pisang

Bahan Bahan Di Kisar Halus:

4/6 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah kecil
1 batang serai di hiris halus halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut

Cara
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis
bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi.
2. Masukkan air limau nipis, kicap, garam dan gula.
3. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang di masak tadi.
4. Bungkus ikan dengan daun pisang.
5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah di panaskan pada suhu 180C
selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.




Sebut je kerabu tak kira kerabu apa pun memang sedap terutama makan waktu berbuka. Terasa nak makan kerabu sotong,biasa sotong ni direbus tp nak cuba bakar pulak... :idea:

Kerabu Sotong Bakar Dgn Mangga
Bahan
4-5 ekor sotong sederhana saiz -dibakar dan hiris tipis2.
2 biji mangga muda -racik
5 biji bawang merah - potong tipis
2 btg serai - potong tipis
2 biji lada hijau-potong tipis
1/2 cawan kelapa goreng - tumbuk kasar
gula,garam

Cara
Campur semua bahan dan rasa garam dan gula.



Sup Sayur Labu Kundur

Bulan puasa ni kalau masak kuah biasanya suka kuah yg tak bersantan. Kali ni masak sup sayur labu kundur. Selain buah labu yg dimasukkan dlm kuah, campur juga fish ball,jagung muda, tauhu kering dan crab stick. Bila dah masak tabur dgn daun sup dan daun bawang.




Roti John ni permintaan anak yang sulong,dia cukup suka roti John. Biasanya beli di gerai berdekatan rumah. Kalau abg long order..tak delah nak order baby John tp order papa John,mkn sorangpun boleh habis... :P .Kali ni tak order di warung tp order roti John dengan mama pulak... :-D Masaklah roti John guna resepi dari FP MamaFaMi,tq MamaFaMi... :flowers: .

ROTI JOHN (IHSAN'S)
Sumber ; FP MamaFami

What you need :

Minced chicken
Shallots, chopped finely - about the same size pieces as the chicken
Eggs, beaten
Salt, for seasoning
White pepper, for seasoning
Oil, for frying
Sliced hotdog/sausage buns, burger buns, or sandwich buns

What you do :

1. Season the minced chicken with salt and pepper.
2. Heat up some oil in a wok or frying pan. Add the shallots, fry until fragrant and slightly softened. Add the chicken, and fry until cooked through. Set the chicken and shallot mixture aside.
3. Season the beaten egg with more salt and pepper, and add some of the chicken mixture. You want the mixture to be a lot of chicken, with just enoguh egg to hold it together when it cooks.
4. Add some more oil to the pan (unless you're using a non-stick one). Wait for it to heat up, then carefully spoon some of the chicken mixture into the pan, in the shape of the bread that you are using. (like, round if you're using burger buns, and longish, if you're using sausage buns). Immediately press the bread onto the egg.
5. Press the bread down occasionally while frying to flatten it. Fry the Roti John until the egg is as cooked as you like it. If you like it crisper, bake in an oven (we used a toaster oven) for about 5 minutes or so.



Catatan......:owned:

Nur -resepi ikan bakar ni pun cilok dari Fp Nur.tq kongsi resepinya Nur... :flowers:
re tag; mesti byk nak citer ni.... :weee:
masriyah -mula2 beli mangga mmg dah plan nak buat kerabu, lepas tu ada sikit sotong dlm peti ais..terus campur jadikan kerabu. Selamat berbuka dan bersahur buat Yah sekeluarga.. ;-)
OnFarisha -hai Farisha...ada promosi jualan utk raya ya... ;-)
inaa -ikan bakar ni sbb letak belacan,limau purut dan serai menjadikannya yummy...kerabu mmg membuka selera...:P
Sabrina -mmg namanya Ikan bakar Portugis. kalau ikut resepi asal guna ikan bawal tp kalau nak guna ikan lainpun sedap jugak rasanya sbb rencah salutan ikan tu yg menyebabkan ikan ni sedap.ikan bawal kalau masak sweet and sour mmg sedap..:P .roti John ni request dari anak,mamanya layan je... :->
kamalina -tulahkan nama Portugis punya lah jauh asal masakan ni. kalau bulan puasa ni selalu masak kuah sup je kalau lemak masak sayur lemak,masak kari belum lagi puasa ni... :->
fazizaid -kerabu boleh membuka selerakan..:P
MaDiHa -Mudah masak resepi ni dan sedap rasanya. labu ni mmg selalu beli,sedap masak lemak dan sayur air.lucu pulak panggil labu penumbuk tp mmg ada rupa cam boxing gloves ...:-D
Haniss -nak kerja cepat dan mudah masuk je dlm oven.tp mmg betul...kalau bakar asli dgn arang mmg sedap rasanya..macam2 mak2 masak kat kg... :->
Lee Lin -betul tu macam2 stail org mkn roti John ni, kalau anak mmg tak makan sayur ... :->
Kak Leen -Waalaikummusalam, labu ni suka masak sbb anak2 suka mkn,kalau sayur hijau lain diorg tak berapa suka. buat sup mmg mudah tp sedap K.Leen... :->
MamaFaMi -nilah MamaFami....selera betul bulan puasa ni...macam2 nak mkn.. :->
maklang- he..he..menu tangkap leleh,luculah Mak Lang bunyi nya...:-D
Eryne Jasmine -Salam perkenalan jugak. mmg selalunya masak 2-3 jenis mcam Eryne tp hari ni ada request anak nak Roti John tu yg nampak macam byk masak... :->
rinnchan -K.Rinn punya juadah berbukapun penuh meja dan selalu yg sedap2..tulah bila di M'sia org tak tukar nama roti John ke Roti Jan..glamur betul Mr John ni..:-D
Jie jie -Ala K.Jie 2-3 jenis masakan je ni, roti John abg yg nak mkn,kalau tak buat mesti dia ajak ke PARAM. Kalau tak ada mood nak masak mmg gi beli jugak kat PARAM tu. Nak order masakan saya ke , bolih benarlah K.jie tp kena jadi jiran dululah...:-D labu ni nama labu keriput ke? ada org cakap labu kundur tu yg ikut je panggil tp kat supermarket tulis Japanese Cucumber pulak.$-)
Ana -masak yg mudah2 je ana setakat sup sayur dan kerabu tu tak rumit sgt. Cuma ikan bakar tu yg lambat sikit tp berbaloi sbb sedap rasanya. ..:P
Nur -nanti gi intai Fp Nur ..:-D
tariqzaidanirah -nasib baik dpt juga makan kerabu sotong kat sana ya. kerabu pucuk paku sampai skrg tak dpt mkn ya....laaa ciannya tp kat sana mana nak cari tu.Kena tunggu balik M'sia juga baru boleh makan kan... :-S

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.