Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Hidangan lengkap laksam
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Hidangan lengkap



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 26-Jul-2007 22:26
Laksam
Laksam ni kegemaran anak yg sulong.Kalau pulang kg, laksam adalah antara makanan yg dia cari.Masa kat kg pernah beberapa kali tengok mak mertua masak laksam tp tak mencubanya. Hinggalah bila dtg sini rasa nak makan kena buat sendiri. Saya guna dulang aluminium saiz sederhana dan loyang kek krn tak ada tudung periuk yg leper. Ada juga yg bagi tip masak atas tudung tin biskus atau milo.



Resepi laksam
(sumber ; lupa siapa punya resepi tp tq utk empunya resepi..:flowers: )

Bahan-bahan :

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
4 cawan air suam
1 sudu kecil air kapur
secubit garam

Cara menyediakan:

Bancuh semua bahan-bahan hingga rata dan tapis. Panaskan pengukus.
Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk/dulang dalam pengukus.Sendukkan adunan ke dlm dulang dan ratakan tipis2.Kukus hingga masak iaitu adunan menggelembung bila masak (anggaran 4-5 min). Angkat, biarkan sekejab barulah digulung kemas. Potong bulat2. Adunan di atas dpt 13 btg bagi saiz dulang sederhana. Hidangkan dgn kuah lemak,ulam2 dan sambal belacan.

resepi kuah; http://shw.fotopages.com/15288046.html

Catatan....

Sabrina- [color=blue]dulu pernah juga cuba guna kuew teow mkn dgn kuah lemak tp tak sedap kerna kuew teow berminyak dan tak rasa sebati dgn kuah bila digaul. Kalau dok dkt rumah mmg dah hulur sepinggan utk Sab ni... :->
Ouled Kenitra- laa..kesian org dok Korea dah tak boleh makan laksam....:-S
mummy jam- kadang2 saya makan laksa dgn kuah lemak,tupun sedap jugak... :P
umi-kal -samalah kita Aauntie,sayapun suka laksam....;-)
tariqzaidanirah - boleh mkn laksam.. berjangkit selera dgn cik abe tu.... :-D
yah-Yahpun pandai masak laksam jugak..laksam versi UK, betul tu laksam mmg sedap.. :P
umi-dah terliur..kena cepat2 cari laksam tu... LOL
boxhousestudio-nanti kalau dah masak, tempeklah kat FP boxhousestudio,kita nak tengok gak... :->
Nur-cubalah Nur..mmg lemak berkrim punya tp kalau nak bagi sedap lagi , sambal tu letak belacan bakar baru sssedap.... :P
kamalina-kalau dkt mmg dah simpan semangkuk utk Kamalina.... :->
ida isk merpati-tabik spring jugak utk Ida pandai masak macam2, kalau org dah jemput makan, mmg kena ngap teruskan.barulah tuan rumah senang hati....:-D
Muna-tq jugak utk Muna coz jengok FP saya.laaa..pernah dok Miri,Miri bandar pilihan saya kalau nak shopping.... 8-) Dah tengok FP Muna, dah jadipun laksam... ;-)
madzli and balkhis-sama2lah kita.samalah saya sekeluarga mmg suka mkn laksam.Bandar Miri antara bandar yg kami suka kunjungi... ;-)

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.